WELCOME - SELAMAT DATANG

Hi... Kunjungan anda dialu-alukan....

Sunday, April 12, 2009

Di mana mereka....?

Zai


Yan

Jen

Teman yang menyepikan diri....mungkin kerana paksaan masa yang berlalu dan kesibukan dengan agenda kehidupan masing-masing....



Mathematik dan Writing skill workshop

http://lc.oum.edu.my/2009/issue48/index.php?op=view&page=29

Wednesday, February 4, 2009

Suatu Petang Di Dataran Banting

Come..join me...warming up...sebelum mula jogging di Dataran Banting...


Hahaha...cam tarian poco-poco plak...tambah lagi exercise...




Berehat selepas beriadah...bersama 2 orang 'bodyguard' yang sweet...




Peristiwa Ngeri

Malam semalam, 3/2/09, aku telah bermimpi didatangi seorang lelaki yang aku rasa seperti perompak yang mahu menekupku dengan bantal. Aku rasa kelemasan dan ketakutan. Aku terus terjaga. Jantungku berdegup laju. Mengeletar tubuhku. Pantas, aku terus keluar dari bilik dan memeriksa semua tingkap dan pintu rumahku. Alhamdulillah, semua selamat. Insyaallah. Mimpi ini membuat aku terus diburu rasa trauma.

Peristiwa pada 18/6/08 masih segar dalam ingatan. Mana tidaknya, awal pagi, dalam 1.15 pagi, aku dikejutkan dengan kehadiran dua orang penyamun yang telah memasuki bilik tidurku. Secara tiba-tiba, aku tersedar bila lampu bilik tidurku menjadi terang benderang. Aku membuka mata dan lantas ternampak wajah seorang lelaki didepan mataku sendiri. Aku terkejut. Aku fikir aku bermimpi dan tertanya-tanya dalam hati, mengapa ada lelaki dalam bilikku. Dia memakai 'key' merah dan mengacukan parang ke arahku menyuruhku diam dan menyerahkan barang kemas yang aku pakai sambil mengarahkan seorang lagi kawannya, memakai topi putih, yang berdiri di depan pintu bilikku mengambil laptop, tudung berjenama hadiah dari kawanku, handphone dan beg make-up ku. Dia meminta wang tunai dariku tapi kebetulan aku hanya mempunyai RM10.00 di dalam beg duitku. Penyamun itu tidak mengambilnya.

Aku sempat bersoal jawab dengan penyamun tersebut, mengapa masuk ke rumahku kerana aku bukanlah orang berada. Penyamun tersebut menjawab, ada maklumat mengatakan aku orang 'senang'. Huh! senang? Aku jawab, bodohlah awak! Allah laknat orang cam awak kerana dalam rumah ini ada 'anak yatim'.. Dalam hatiku, semoga tuhan membalas perbuatan zalim mereka kerana merompak harta 'anak yatim'.

Ya Tuhan.. Hanya Dia yang Maha Tahu bagaimana takutnya hati ini tapi saya tabahkan hati dan tidak menunjukkan rasa takut. Entah mengapa, aku tidak menunjukkan rasa takut di depan mereka sebaliknya mereka yang terkocoh2 melarikan diri. Mungkin mereka tak menyangka yang aku akan terjaga dari tidur. Kebetulan mereka tidak menggunakan sebarang penutup muka dan wajah mereka aku perhatikan.

Selepas mereka melarikan diri, aku menjadi takut dan kebingungan. Orang yang pertama aku ingat, emakku. Lantas dengan talian rumah, aku menelefon emak dan memberitahu apa yang terjadi. Aku tidak mempunyai nombor balai polis yang berhampiran dan aku teringat untuk mendail 999. Selepas membuat lapuran, dalam masa setengah jam, pihak polis yang berdekatan dengan tempat tinggalku tiba. Bermula dari itu sehinggalah ke petang esoknya, aku sibuk di balai polis untuk membuat pengecamam penyamun2 tersebut tapi keputusan agak mengecewakan kerana aku sukar untuk mengenal pasti.

Ya Tuhan...inilah dugaanku. Semoga aku diberikan kesabaran dalam mengharungi hidup ini berserta keimanan yang kental. Terima kasih buat semua teman2 ku yang sudi mendengar keluhan dan memberi semangat untukku menjalani hari2 yang mendatang. Buat Z, KY, Loy, Zaini, Sulia....terima kasih tak terhingga...I love u all... doakan aku semoga Allah memberi kebaikanNya untukku di dunia dan akhirat...Amin

PIZZA - HOMEMADE....

Rupa adunan yang baru siap uli. Uli dengan tangan ni..tak pakai mesin....ye la tak banyak mana pun..lagipun adunan tu kental..karang pakai mesin adun yang kecil tu..tak pasal2 kena beli mesin adun yang baru...hehehe





Ni lah rupa adunan yang telah diuli tadi selepas dibiarkan selama dekat sejam.. naik mengebu you....Lepas ni baru lah boleh dileperkan mengikut saiz yang kita nak dan masukkan ramuan intinya...kemudian bakar dalam masa 10 min lebih kurang la...









Inilah Piza yang dah siap...nyum..nyum...
Mahu rasa? Marilah order dengan saya...hehehe




Wednesday, January 28, 2009

Percutian di Langkawi

Eaglebay - Scenario waktu malam..cantik kan? Waktu malam ramai pengunjung dibandingkan siang




Di Pulau Beras Basah - Air di sini jernih sangat..tapi tak ramai orang lagi, masih penuh semak samun..



Di Pulau Dayang Bunting













Tuesday, January 27, 2009

Pengantin Comel

Majlis perkahwinan sorang member sepejabat, Lily Haryani dan suami Hafidz pada 6/Dec 2008. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.Pengantin yang comel...kan..kan...