WELCOME - SELAMAT DATANG

Hi... Kunjungan anda dialu-alukan....

Wednesday, January 28, 2009

Percutian di Langkawi

Eaglebay - Scenario waktu malam..cantik kan? Waktu malam ramai pengunjung dibandingkan siang




Di Pulau Beras Basah - Air di sini jernih sangat..tapi tak ramai orang lagi, masih penuh semak samun..



Di Pulau Dayang Bunting













Tuesday, January 27, 2009

Pengantin Comel

Majlis perkahwinan sorang member sepejabat, Lily Haryani dan suami Hafidz pada 6/Dec 2008. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.Pengantin yang comel...kan..kan...
Hari ni, 28hb Januari saya mendapat keputusan peperiksaan yang lengkap. Tiga subjek untuk semester September 2008 iaitu Principle Management, ODL English dan Oral English. Keputusan amat memberangsangkan. Alhamdulillah. Puratanya saya memperolehi A untuk semua ke tiga2 subjek tu.
Bagi Semester Januari 2009, saya berasa sedikit tertekan kerana subjek yang diambil bagi saya amat berat iaitu Company Law, IT dan Mathematik. Saya sedikit hilang keyakinan terutama dalam subjek Law. Mana tidaknya, saya kena peka dengan Company Act 1965.
Saya meluahkan kebimbangan saya kepada Boss di tempat saya bekerja dan beliau juga mengaku subjek Law agak susah dan beliau tidak menduduki peperiksaan untuk subjek tersebut semasa beliau mengambil Master dahulu. Wah! penjelasan boss, lagi mengurangkan keyakinan diri sendiri. Hanya satu sahaja yang boss saya tu ok..dia beri pinjam buku Company Law dan Company Act 1965 pada saya. Bukan main tebal lagi...
Ada tak sesiapa yang boleh beri saya tip macamana nak scorr dalam Law ni..? Ramai classmate mengaku 'blur'... Dah hampir dua minggu saya asyik membelek. Membaca seayat dua lepas tu saya letak semula buku2 tu kat tepi. Saya termenung...huhuhu...parah kan...

Monday, January 26, 2009

Famili PIC


Ni Pic saya sekeluarga. Diambil masa Hari Raya 2008.

Terima Kasih

Terima kasih pada kawan baik saya Linda atau lebih dikenali sebagai Kak Yong di atas galakkan beliau untuk membuka laman blogg saya sendiri. Semoga dengan kemunculan blogg ini memberi manafaat pada semua yang membaca.

Terima kasih sekali lagi.